27 April 2013, Berkempen sekitar Pekan Rembia, Sg Petai dan Jeram
Rembia N.06 Rusnah Aluai
Saturday, 27 April 2013
Friday, 26 April 2013
Biodata dan Visi di Rembia
Nombor kerusi dan nama
N6 - Rembia
Negeri
Malacca
Umur
51
Latarbelakang Keluarga
3 orang anak dan suami Rahmat Abd Rahman
Butiran Sejarah Persekolahan
1. Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa,1987
2. Sarjana Undang-Undang, London's School of Economics and Political Science,1993 3. Biasiswa Tenaga Pengajar Muda ITM/JPA 1983
Bahasa-bahasa
Bahasa Malaysia, English
Butiran Pengalaman Pekerjaan
1987-1989: ITM Melaka
1989-1996: UiTM Shah Alam 1996-2004: UiTM Melaka 2004- 2006: UiTM Kelantan 2006-2013:UiTM Melaka sebahgai pensyarah undang-undang, 2001 dilantik sebagai Prof. Madya
Jawatan Pentadbiran:
1993-1996: Pengetua Kolej Kediaman Kolej Pengajian Persediaan UiTM Seksyen 18, Shah Alam 2000-2001: Koordinator Undang-Undang UiTM Melaka 2002: Pemangku Timbalan Pengarah HEP UiTMMelaka[ 4 bulan] 2008-2010: Koordinator Unit Kepimpinan dan Kualiti Staf Akademik [ILQAM]
Peristiwa-peristiwa yang paling membanggakan
Saya mendapat 4 kali anugerah khidmat cemerlang 1994/1997/2004/2008.
Anak sulung mendapat Anugerah Naib Canselor UiTM[ Ijazah kelas Pertama/ Sarjana Muda Pemasaran], sekarang bekerja di Scope International [Standard Chartered] Taman Teknologi Bukit Jalil. Anak kedua mendaat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 8A dalam SPM. Sedang belajar dalam bidang perubatan di Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia.
Fakta-fakta menarik diri anda yang tidak diketahui umum?
Saya dianugerahkan Allah dengan banyak bakat, saya boleh memberi
motivasi dengan baik, jurulatih pasukan debat untuk sekian lama, penasihat
kepada PKPIM/ INSAN ,pengacara dan pengucapan awam,sedikit bakat seni suara ,
saya jugak pandai memasak dan mengubah bunga. Banyak bakat yang dikurnia
bukan untuk percuma , Allah sertakan dengan dugaan yang hebat yang menguji
ketahanan @minda untuk menjadikan saya seorang insan yang kuat.
Mengapakah anda seorang calon yang baik?
Saya mempunyai kemahiran pengucapan awam dan kemahiran berkomunikasi
dengan baik. Boleh berhubung dengan orang atasan hingga golongan bawahan
kerana bagi saya "ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya".
Saya seorang prihatin kepada kebajikan masyarakat pelajar dan pekerja kerana
itu saya lama terlibat dengan kerja-kerja sosial dan menjadi pengerusi serta
timbalan pengerusi persatuan wanita di UiTM dan aktif dengan persatuan dan
aktiviti pelajar. Pengalan melibatkan diri dengan pengurusan dan aktiviti
kualiti menjadikan saya pentadbir yang baik.
Apakah yang akan anda lakukan untuk memperbaiki keadaan di kawasan
kerusi anda?
Di Melaka ini, taglinenya Melaka Maju Negeriku Sayang Bandaraya
Teknologi Hijau. Tagline ini sentiasa disajikan namun kurang difahami dalam
ertikata sebenar. Maju kononnya namun sebenarnya banyak melanggar prinsip
alam sekitar dan projek gajah putih yang banyak. Minda dan cara berfikir
itulah yang perlu ditukar agar cara berfikir kelas satu. Pembangunan fizikal
boleh dimantapkan mengikut keperluan semasa mengikut keutamaan.
Perpaduan antara kaum perlu dieratkan danbukannya menjadi rasis.
Petikan Kegemaran Anda
"Berlian itu terbentuk hasil dari proses tekanan dan haba yang
tinggi, untuk menjadi manusia berlian kita akan diuji dengan cabaran yang
besar untuk menjadikan kita kuat".
Seseorang itu tidak akan diuji di luar kemampuannya [maksud ayat al
Quran}
Apakah yang akan diperjuangkan oleh anda pada peringkat DUN /
Parlimen?
Bagi saya pembentukan minda bermula dari didikan formal dan tidak
formal. Dasar pendidikan agak mengelirukan dan tidak membentuk fikiran
kritis.
Masalah sosial terutamanya di kalangan remaja Melayu sudah menjadi barah , tindakan segera perlu dibuat untuk memperbaiki sistem sosial dan kebajikan. |
- See more at: http://www.demirakyat.my/ms/candidate/prof-madya-dr-rusnah-binti-aluai#sthash.JVIS8h6x.dpuf
Wednesday, 24 April 2013
Program 23 April 2013
Sepanjang hari Selasa 23 April 2013, Puan Rosnah telah berjumpa dengan para pengundi di sekitar rumah Awam Sg. Petai dan sekitar kawasan di Sg. Petai. Sedikit gambar buat tatapan anda.
Pada sebelah malamnya, Puan Rusnah bersama calon lain yang dijemput dari Machap, Ginie Lim datang mengadakan perjumpaan bersama penduduk dan memberi ucapan dan memperkenalkan diri beliau sebagai calon Parti keadilan Rakyat bagi Dun N06 Rembia.
Saturday, 20 April 2013
Video Pengenalan Calon N06 Rembia
Parti: Pakatan Rakyat (PKR)
Umur: 51 Tahun
Pendidikan: Sarjana Muda Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa
Sarjana Undang-undang London School of Economics and Political Science
"PAKATAN DEMI RAKYAT"
"JOM UBAH"
Friday, 19 April 2013
Pembangkang Di Raja : Pengiktirafan Peranannya di Malaysia
Pada tanggal 10 April 1826, Sir John Hobhouse ketika berhujah di dalam House of Commons, Westminster telah mengungkapkan istilah His Majesty’s Opposition atau di sesetengah negara memanggilnya sebagai His Majesty’s Loyal Opposition yang menjadi batu asas penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara England ketika itu dan setelah 162 tahun, peninggalan dan jasa besar beliau masih lagi di guna pakai di seluruh Parlimen di dalam negara-negara Komanwel hingga hari ini.
Apakah yang dimaksudkan beliau sebagai Pembangkang Di Raja ketika itu? Menurut Geraltz Schmitz (1988) dalam kertas kajiannya The Opposition in A Parliamentary System istilah His Majesty’s Opposition atau Pembangkang Di Raja membawa maksud bahawa ahli-ahli pembangkang di dalam Dewan Perundangan sesebuah negara berkemungkinan akan mempertikai dasar kerajaan sedia ada namun pada masa yang sama masih lagi berfungsi di dalam kerangka demokrasi yang dibenarkan. Pencerahan berhubung maksud pembangkang pula diperincikan di dalam kertas kerja The Role of Political Parties in Democracy oleh National Democratic Institute For International Affairs sebagai democratic opposition ialah parti politik yang tidak menerima undi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan namun memainkan peranan yang sama penting untuk ahli dan penyokongnya serta termasuk juga kepada orang yang tidak menyokong dasar dan aktiviti yang dilaksanakan kerajaan pemerintah.
Justeru, atas dua definisi ini maka konsep Pembangkang DiRaja ini dapat difahami sebagai membenarkan percanggahan idea melalui hujah dan debat bagi memastikan demokrasi itu berfungsi tanpa berasa takut dituduh sebagai pengkhianat memandangkan tugas mereka juga bertanggungjawab terhadap ahli dan penyokongnya dan kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan pemerintah.[2] Pada sesiapa yang menganggapnya ia hanyalah perubahan terma perkataan, mereka silap kerana ia menunjukkan kepentingan kedudukan pembangkang di dalam sistem Parlimen negara-negara Komanwel yang mempunyai sejarahnya yang panjang.[3]
Ini kerana pada awal abad ke 16 dan ke 17, sesiapa sahaja ahli-ahli Parlimen yang cuba mengemukakan rang undang-undang peribadi (private bill), bertentangan pendapat atau idea dengan Raja (kerajaan), hatta berdebat isu-isu nasional seperti hak pewarisan, dasar luar dan agama telah merisikokan diri mereka untuk di penjara.[4] Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang lumrah jika hari ini pembangkang sering dipinggirkan, diperkecil dan diperkotak-katikkan peranannya memandangkan ia telah berlaku ratusan tahun dahulu.
Walau pun terma Pembangkang Di Raja tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia secara terang dan jelas, namun pengiktirafan terhadap ketua pembangkang dan peranannya dapat dilihat dalam beberapa akta dan undang-undang kecil. Ini pastilah berbeda dengan kedudukan His Majesty’s Opposition di United Kingdom memandangkan Perlembagaan United Kingdom ini tidak bertulis maka atas warisan dan sejarahnya pada tahun 1826, maka terma ini telah di kanunkan secara tidak langsung disisi Perlembagaannya.[5]
Norman Wilding di dalam bukunya An Encyclopedia of Parliament menyatakan di dalam menentukan kedudukan dan mengiktiraf peranan pembangkang di dalam dewan perundangan, kebiasaannya kedudukan pembangkang diketuai Ketua Pembangkang yang akan duduk di barisan hadapan sekali dan di sebelah kiri Yang Di Pertua Dewan Perundangan. Parti politik pembangkang yang menguasai kerusi terbanyak akan diberikan keutamaan diikuti parti-parti politik yang berikutnya. Kedudukan yang diguna pakai ini juga terpakai di dalam Parlimen Malaysia memandangkan Malaysia juga merupakan sebuah negara jajahan takluk negara British satu ketika dahulu.
Walau pun pilihanraya di Malaysia telah diadakan pada tahun 1955, namun ia merupakan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan sebelum merdeka. Justeru, ia tidak boleh di anggap Parlimen Tanah Melayu yang mencerminkan kedudukan sebuah Parlimen yang berdaulat. Hanya pada tahun 1959, barulah Malaysia mempunyai sebuah kabinet kerajaan dan pembangkang yang formal di dalamnya. Namun demikian, tidak dapat ditentukan pula tarikh sebenarnya wujud jawatan ketua pembangkang ini. Ini kerana Ahmad Abdullah (1969) dalam bukunya Parlimen Malaysia Amalan dan Acara menyatakan di waktu itu, jawatan ketua pembangkang belum lagi wujud di dalam Parlimen hatta ketika pada tahun 1959 sekali pun.[6]
Walaupun definisi ketua kerajaan hatta ketua pembangkang tidak di masukkan di dalam peruntukan Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan namun sedia difahami ketua kerajaan adalah Perdana Menteri manakala penjelasan secara ringkas dan tuntas maksud ketua pembangkang diungkap dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Peraturan 4A (3.) dan (4.) menyebut tentang definisi yang membawa maksud Ketua Kumpulan bagi pihak pembangkang.
Justeru, Ketua Pembangkang mendapat keistimewaan seperti keutamaan berhujah selepas Menteri Kewangan membentangkan belanjawan tahunan. Selain itu, berdasarkan peruntukan di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, selain itu Ketua Pembangkang juga mendapat kelayakan gaji sebagai ahli Dewan Rakyat sebanyak RM 5969.00 sebulan, beliau juga mendapat elaun tambahan secara bulanan sebanyak RM3190.00 selain pejabat dan sebagainya. Jumlah ini sama atau kecil sedikit dengan gaji seorang Timbalan Menteri di Malaysia.
Bagaimana pula kedudukan ketua pembangkang di negara-negara komanwel? Di negara-negara lain pula, kedudukan dan pengiktirafan ketua pembangkang di angkat begitu tinggi. Gaji seorang ketua pembangkang adalah hampir setaraf dengan gaji seorang menteri kabinet di sana dan pengiktirafan ini telah pun diberikan semenjak tahun 1937.[7] Di United Kingdom, elaun dan gaji ketua pembangkang berjumlah 139, 355 pound sterling manakala Menteri Kabinetnya mendapat gaji berjumlah 145, 499 pound sterling setahun. Antara negara-negara lain yang memberikan pengiktirafan yang sama kepada ketua pembangkang di mana gajinya hampir setaraf Menteri Kabinet adalah di Australia, New Zealand dan Kanada.
Kehadiran pembangkang di Parlimen harus dilihat sebagai pelindung bagi sebahagian hak minoriti di dalam negara ini. Ini kerana mereka secara sahnya telah dipilih sebagai wakil rakyat bagi konsitusi tersebut. Ini bersesuaian lah dengan konsep majority rule, minority right dimana walaupun kumpulan majoriti yang memerintah, hak bagi minoriti perlu dipelihara dan dilindungi. Seharusnya masyarakat tidak melihat parti pembangkang di dalam Dewan Perundangan ini sebagai mereka yang suka menghentam kerajaan semata-mata malahan mereka juga harus dilihat berfungsi sebagai kerajaan alternatif. Ini kerana apabila parti-parti pembangkang ini berfungsi secara formal maka mereka mempunyai tanggungjawab besar yang perlu di beri perhatian di dalam dewan khususnya terhadap pembangunan, dasar yang dibentangkan kerajaan di dalam dewan perundangan tersebut.[8]
Resoluti dari Bengkel Hak dan Tanggungjawab Pembangkang anjuran Sekretariat Parlimen Komanwel juga sepakat menyatakan bahawa kunci yang di perlukan bagi membuktikan pembangkang sebagai sebuah kerajaan alternatif adalah kredibiliti sesebuah pembangkang apabila berhujah . Ia bermaksud bagi sesebuah pembangkang itu dilihat sebagai sebuah kerajaan alternatif maka pakatan pembangkang itu bukan sahaja mesti berkemampuan untuk mengambil alih kerajaan tetapi dilihat mampu juga membuatnya. Ini dapat dilihat melalui idea-idea dan gagasan yang dikemukakan kepada rakyat dan gagasan ini perlulah disokong dengan data dan fakta yang menguatkan hujah mereka. Justeru, apabila gagasan-gagasan sebegini yang terang, jelas dan nyata secara munasabahnya maka itulah yang dapat dikatakan ‘bukan sahaja mesti berkemampuan untuk mengambil alih tetapi dilihat mampu membuatnya’.
Dalam kita ghairah berpesta pilihanraya tidak lama lagi, penulis suka memetik kata Sir John Hobhouse pada tahun 1819 di mana ketika itu beliau di tahan di dalam penjara Newgate, katanya “Aku adalah orang yang dipilih untuk rakyat, oleh rakyat dan jika dipilih dalam pilihanraya ini Aku tidak akan melakukan apa-apa perniagaan selain untuk rakyat.” Justeru, terdapat suatu persoalan yang bermain-main di minda penulis, sudah sampaikah masanya kita beranjak mengiktiraf pembangkang di Malaysia sebagai Pembangkang DiRaja jika tujuan murni mereka juga sama adalah berkhidmat untuk rakyat. Memandangkan sudah mula menjadi satu budaya ahli-ahli politik di Malaysia ‘mengkhianatkan’ ahli politik lain hanya semata-mata perbedaan idea dan pandangan. Ayuh, kita setapak lagi maju ke depan membudayakan politik baru di Malaysia.
Senarai Ketua Pembangkang (1959 hingga 2008)
Dato’ Onn Bin Jaafar
1959 - 1964
Parti Negara
Tan Chee Khoon
1964-1969
Parti Gerakan
Mohamed Asri Muda (bermula 1971 apabila Parlimen mula bersidang setelah digantung sejak 1969)
1969-1974
Parti Islam Se Malaysia
Lim Kit Siang
1975-1981
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Lim Kit Siang
1981-1985
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Lim Kit Siang
1985-1990
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Lim Kit Siang
1990-1995
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Lim Kit Siang
1995-1999
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Dato’ Fadzil Noor (1999-2002) meninggal dunia diganti dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang (2002-2004)
1999-2004
Parti Islam Se Malaysia
Lim Kit Siang
2004-2008
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan diganti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
2008-2013
Parti Keadilan Rakyat
[1] Penulis adalah seorang calon Doktor Falsafah di dalam Undang-undang Perlembagaan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis boleh dihubungi di idzuafi@yahoo.com
[2] Gerald Schmitz, (1988), The Opposition in Parliamentary System, Canada Research Parliament,http://www.parl.gc.ca/Content/LOP/researchpublications/bp47-e.pdf. (Tarikh akses 1 April 2013)
[3] Norman Wilding and Philip Laundy, 1968, An Encyclopedia of Parliament, Cassell and Company Ltd, 3rd Edition, muka surat 498.
[4] Ibid muka surat 2.
[5] Mark Sandford, 2011, Opposition Party in the House of Commons, House of Commons Library.
[6] Ahmad Abdullah, 1969, Parlimen Malaysia Amalan & Acara, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, muka surat 24. Pada tahun 1959, PAS memenangi kerusi Pilihanraya Umum yang terbanyak sebagai pembangkang sebanyak 13 kerusi, Front Sosialis Rakyat Malaya (8 kerusi), Parti Progresif Rakyat (4 kerusi) dan Parti Negara (1 kerusi) secara tidak rasmi Dato Onn Jaafar menjadi ketua pembangkang ketika itu. Ahmad Boestamam, Datuk Onn Yang Saya Kenal, Penerbitan Adabi Sdn. Bhd, muka surat 74.
[8] The Role of Opposition, The Report of a workshop on the rights and responsibilities of the Opposition, Commonwealth Secretariat and the Commonwealth Parliamentary Association
Marlborough House, London - 8-10 June 1998
Subscribe to:
Posts (Atom)